KEDAI CENDERAMATA MORE MORE TEA INN

KEDAI CENDERAMATA MORE MORE TEA INN

More More Tea Inn pada mulanya direka sebagai set pengambaran sementara bagi Filem Hong Kong "Summer Holiday" pada tahun 1999. Namun begitu, set ini tidak dapat bertahan disebabkan oleh bahang  pulau dan makin kelamaan ianya menjadi semakin reput .

Pada tahun 2003, Laguna Pulau Redang Resort membaik pulih bangunan ini dengan menggunakan kaedah pembinaan dan bahan-bahan yang lebih kukuh.

More More Tea Inn kini merupakan kedai cenderamata khas untuk Laguna Pulau Redang Resort dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata, kraftangan, alat permainan, pakaian, aksesori, barangan mandian, makanan ringan dan minuman. Ianya juga merupakan salah satu tarikan yang paling popular dan tempat fotografi, terutamanya di kalangan pengunjung yang pernah menonton filem ini.

Maklumat Lanjut Kemudahan