ACTIVITI

SNORKELING
SNORKELING

Sama ada anda seorang perenang kali pertama atau bukan perenang, percayalah anda pasti akan jatuh cinta dengan aktiviti snorkeling.  Anda hanya perlu memakai jaket keselamatan dan terjun ke dalam air jernih untuk mengalami kehidupan laut dengan lebiih dekat.Jangan lupa juga untuk berkunjung ke Marine Park, di mana anda boleh melihat beratus-ratus ikan berenang di sekeliling anda.

MENYELAM
MENYELAM

Pulau Redang menawarkan pelbagai hidupan laut yang mengkagumkan. 'Barracuda Rock' terletak di barat laut Batu Barat menjadi tumpuan dan lubuk ikan terkenal ini, manakala terumbu di sebelah barat Pulau Chipu mempunyai habitat terbesar anemone yang boleh dilihat mana-mana sahaja.

Gunung Mini menjadi tumpuan para penyelam di Redang tidak kira siang dan malam. Terumbu ini adalah habitat kepada ikan jenis angelfish, parrot, wrasses, ikan kerapu dan juga penghuni terumbu lain. Majoriti ianya terdiri daripada batu karang keras, ada juga  terumbu karang lembut berwarna-warni, cambuk laut dan penghuni laut yang lain. Hidupan laut pada waktu malam seperti ketam dan belut, dan juga landak laut merubah suasana laut pada malam hari.

Terokai hujung utara & selatan untuk terumbu yang lebih indah, melalui cerun kira-kira 4m 20m ke dalam tanah berpasir. Anda akan bersemuka dengan ikan pari, timun laut dan tapak sulaiman, selain daripada pelbagai jenis ikan mencari makan di batu karang. "Big Mount", yang terletak kira-kira 100 meter dari hujung utara, menjanjikan pertemuan menarik dengan ikan telinga gajah dan ikan alu-alu dan jerung paus yang muncul sekali-sekala.

Senarai Harga

REKREASI
REKREASI

The Recreation Centre provides snorkeling equipment rental and temporary airbrush tattoo. Pool tables and a variety of indoor board games are also available. Please refer to our recreation for more info. 

Perkhidmatan Fotografi & Video
Perkhidmatan Fotografi & Video

Kagum dengan dunia bawah laut? Terpegun dengan keindahan karang dan pelbagai kehidupan laut? Abadikan momen-momen ajaib percutian anda dengan foto atau video bawah air anda sendiri yang diambil oleh pasukan jurugambar bawah laut kami yang menyeronokkan tetapi profesional.