Bas ekspres dan teksi luar kawasan menawarkan perkhidmatan pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam beranggaran sejauh 459km. Apabila tiba di terminal bas Kuala Terengganu, anda boleh mengambil teksi atau perkhidmatan bas ulang-alik untuk jeti Taman Tamadun Islam untuk menaiki feri eksklusif kami ke resort.
* Peringatan mesra, semasa mengatur pengangkutan pergi balik anda, diingatkan bahawa jadual bot harian kami hanya dua kali sehari.
Kepada tetamu yang memandu, anda boleh mengambil laluan lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu, yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dan terus menghala ke arah Jeti Taman Tamadun Islam Jetty, yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu.